HAINANESE CHICKEN RICE (Singapore)

HAINANESE CHICKEN RICE (Singapore)

makananluarnegri.web.id – Nasi hainan adalah hasil dari seni memasak orang tionghua di Hainan(China). Dulunya makanan ini dibawa oleh para imigran yang datang dari Hainan (China) ke Singapore.

Hainan merupakan sebuah pulau kecil yang terletak di Tenggara China. Asal-usul nasi ayam yang berasal dari kepulauan itu ialah di satu bandar bernama Wenchang. Nasi ayam Wenchang adalah nasi ayam yang paling popular dan ia dinamakan sempena ayam Wenchang.

Dengan berubahnya jaman makanan ini mengalami sedikit demi sedikit perubahan disesuaikan dengan kebiasaan orang di Singapura dan sekarang menjadi makanan yang nikmat khas Singapura.

Ini adalah makanan yang akan sering ditemui disetiap tempat makanan di seluruh Singapura. Mulai dari hawker center, foodcourt hingga restaurant mewah. Harga makanan inipun sangat bervariasi dari yang paling murah $2/perpiring hingga S$22.75/perpiring.

Sebelum popular sebagai salah satu makanan di negara kita, nasi ayam Hainan mula masuk ke negara Singapura sekitar awal abad ke-20 menular ke negara kita oleh kaum Cina seperti di Ipoh, Melaka, Kuala Lumpur dan Pulau Pinang sebelum menular ke beberapa negeri lain.

Kalau di Wenchang nasi ayamnya tidak ada yang digoreng, kecuali yang berwarna putih (rebus). Nasi ayam dari kepulauan Hainan yang terletak di daerah Nan itu kemudian dicampuradukkan dengan resipi kantonis dan Hainan.

Bercerita tentang Wenchang, penduduk di situ kebiasaannya akan menghidangkan nasi ayam kepada tetamu yang hadir untuk apa saja majlis yang diadakan sebagai tanda penghormatan. Mereka bangga dengan hidangan nasi ayam yang disebut-sebut sebagai identiti kuisin negara China.

Baca juga : Ratatouille (Perancis)

Ayam dari Wenchang memang popular dengan keenakan isi dagingnya dan ia telah dibela sejak dinasti Ming pada 1368 hingga 1644. Maka tidak hairanlah jika ayam dari bandar itu dipersembahkan kepada maharaja Ming sebagai hadiah istimewa dari Wenchang. Setelah menikmati masakan ayam dari Wenchang, maharaja terus menamakannya sebagai ayam Wenchang

Ada 2 jenis ayam, kita bisa pilih yang steam (berwarna putih) atau yang dipanggang (berwarna kecoklatan). Yang asli adalah yang disteam sedangkan yang dipanggang lemak yang berada di bawah kulit akan lebih sedikit hingga rasa khas Chicken Rice akan kurang terasa. Nasi yang digunakan bukan nasi biasa tapi nasi yang dimasak dengan kaldu ayam sehingga benar-benar wangi. Juga dihidangkan dengan kuah kaldu ayam yang nikmat, sebagai pilihan kita bisa menambahkan telur dan tahu. Yang spesial juga dari makanan ini adalah sambalnya, biasanya sambal Chicken Rice mengandung banyak bawah putih hingga aroma bawang putihnya benar-benar tajam.

Nasi ayam Hainan biasanya dihidang bersama kicap masin, hirisan daun ketumbar, minyak bijan, sos cili dan halia.
Rahsia keenakan ayam Wenchang dipercayai kerana ia dibela di kawasan Hainan yang mengalami iklim tropika dan ayam-ayam itu dibela di bawah pokok getah dan bayan yang banyak menghasilkan cacing. Makanan semula jadi dari tanah itu menjadikan kulit ayam nipis dan isinya lembut.

Secara tradisional nasi ayam Wenchang dimasak dengan cara merebus ayam dalam air stok dan kemudian dilumurkan dengan bahan perapan cara Hainan. Ia biasa menggunakan bawang putih, halia, kicap, garam dan jus oren. Walaupun ramuannya nampak mudah tetapi jika tersalah sukatan rasanya akan lari dan tidak enak. Selain itu faktor suhu panas air mendidih juga mempengaruhi rasa enak ayam.

Related posts